Pakar penyelenggaraan dan pembaikan mesin dobi komersial terkemuka. Kami pastikan operasi perniagaan dobi layan diri anda berjalan lancar tanpa henti. Tindak balas pantas dalam 24 jam!
Setiap jam mesin anda tidak berfungsi, anda sedang kehilangan pelanggan dan keuntungan. Adakah anda sedang berdepan masalah ini?
Mesin 'Out of Order' bermaksud pelanggan akan pergi ke kedai dobi pesaing anda. Jangan biarkan mereka lari!
Pakaian tersangkut, tidak kering, atau duit ditelan mesin? Reputasi kedai dobi anda akan terjejas teruk.
Sudah hubungi mekanik tapi berhari-hari tak datang? Operasi bisnes anda tidak sepatutnya menunggu.
Kami memahami nadi perniagaan anda. Matlamat kami adalah meminimumkan 'Downtime' mesin anda.
Kami tahu masa itu emas. Pasukan teknikal kami akan segera ke lokasi anda dalam masa 24 hingga 48 jam selepas laporan diterima.
Juruteknik kami terlatih mengendalikan pelbagai jenama besar mesin dobi layan diri komersial seperti Huebsch, Speed Queen, Dexter dan lain-lain.
Kami hanya menggunakan alat ganti berkualiti tinggi dan tulen untuk memastikan ketahanan dan jangka hayat mesin yang lebih lama.
Sebut harga akan diberikan dengan jelas sebelum sebarang kerja pembaikan dimulakan. Kepercayaan anda keutamaan kami.
Penyelesaian menyeluruh A hingga Z untuk keperluan operasi dobi layan diri anda.
Baiki mesin basuh, pengering (dryer), water heater, atau sistem coin/token yang rosak dengan segera.
Penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) bulanan untuk elakkan kerosakan besar dan pembersihan saluran ekzos.
Servis pemasangan mesin baru atau terpakai termasuk kerja-kerja paip air (plumbing) dan sistem ekzos haba.
Menjual dan membekal alat-alat ganti mesin dobi layan diri pelbagai jenama dengan jaminan kualiti.
Jadualkan temujanji servis mesin anda hari ini. Selamatkan perniagaan dobi anda daripada kerugian yang tidak diingini. Perundingan adalah percuma!
Khidmat Pelanggan